Sunday, May 21, 2017

Perubatan USIM tahun 4 / clinical year / sem 7&8

Assalamualaikum.


Hasil pemerhatian aku, aku rasa baik jelah aku tulis pasal clinical year kat FPSK USIM or yang korang google medik USIM ni. Kasi berguna sikit blog ni untuk adik-adik. Entry aku pasal tamhidi gigih korang baca ye, bagus2.



baca dah bagus, jumpa kak zira tegur lah. Kak zira tahun 6 skang. Dia tak femes pun. tapi dia men futsal


OKEH KENAPA USIM BELAJAR 6 TAHUN?

sebab tahun 4 baru masuk clinical year. orang len tahun 3 awa.


ADA 4 MAJOR POSTINGS UNTUK TAHUN 4 + 1 MINOR



zaman aku ni baru, tak sama dengan senior. kalau fail 2 MAJOR POSTING kena repeat the whole year which is nauzubillah lah.


1) INTERNAL MEDICINE
Internal medicine ni benda yang ko paling kena pro sekali bagi akulah. sobs. sebab medik kan perubatan. takkan tak pandai perubatan ye dok.


tapi ko jgn ingat dia senang T_____T

10 minggu weols posting medicine. 4 minggu hospital ampang, 4 minggu temerloh.

INTERNAL MEDICINE tu apa? takpe dik akak paham sebab akak pun tak tau jugak dulu. ok secara simplenya medicine ni akak bagi contoh diseases ok? 

bronchial asthma, COPD, heart disease, denggi, nephrotic syndrome, diabetes mellitus, hypertension etc.

exam : short case + long case. 
aku : short case : Atrial Fibrillation,
Long case : Anemia 2nd to CKD kot. 

actually aku blur masa medicine. posting kedua kot. tak pandai adapt lagi. tp lecturers yg banyak tolong. masa exam pun aku punya ddx bukanlah anemia. huaaaa. bila dr trigger baru aku sebut.


Image result for oxford handbook of clinical medicine
buku ni memang nyawa. Dr cakap ko hafal buku ni je ko dah leh jd doktor. 


2) SURGERY

ni bala dalam kehidupan. ko tau tak aku sebelum masuk surgery berangan jadi surgeon, dah masuk aku tak nak jadi surgeon dah.

dia macam simple, straight forward compared to internal medicine, tapi dia mcm scary lah jugak. tak boleh nak describe. sobs.

SURGERY tu apa?  takpe dik akak paham sebab akak pun tak tau jugak dulu. ok secara simplenya surgical posting ni akak bagi contoh diseases ok? 

contoh paling best appendicitis or yg uols panggil appendix appendix tu, lagi ada batu-batu yang ada, batu karang, batu kat liver, macam-macam lah.

exam : 1 long case+ 1 short case
aku punya exam : long case : choledocholithiasis
short case : aku tak tau apa sampai sekarang diagnosisnya T_T

alhamdulillah dah lulus. Terharu kot. Thanks Mr Arief luluskan. sumpah sampai skang aku tak tau auntie tu sakit apa T_T

ni masa pre clinical year. Ajet ajet je scrub. dah masuk Operation theatre tak ingat pun cane nak scrub T_T

3) O&G. Obstetric and gynecology.

haaaa ni dah masuk Sem 8. best sangat T____T

kitorang belajar O je. G belom. aneh kan?

Obstetric tu apa? takpe dik akak paham sebab akak pun tak tau jugak dulu. ok secara simple nya semua berkaitan org mengandunglah kat obstetric ni. 


meh nak habaq. yang orang duk kata stim tengok pompuan beranak, pompuan susah payah tutup aurat tp bila beranak kena bukak tu aku cadangkan kita biar jelah dorg pk macam tu. minda org kite takleh control. 


hakikatnya : takde weh perasaan tengok aurat orang. kau gila. org tu nak beranak kot. nyawa dia. nyawa baby dia. apahal nak melucahnya? tak pernah tengok memanglah pk bukan-bukan. 


dalam labour room tu pk berapa cm dah bukak, dengan dorg kesakitan lg contraction pain, pastu bau darah dan lain-lain, macam-macam. apehal nak pk benda-benda luar tabie. 


tp yg sadisnya, dalam byk2 orang bersalin aku tengok, 1 je pasangan yg husband dia saaaaangat supportive. nak nangis weh T_T. sangatttt. husband tu melayu, bini dia indon, husband dia sayang sangatttt sampai aku pun nak nagis.hahaha. tapi memang sadis pun. 4th degree tear kot wife dia. pengorbanan ibu....

best jugak dengar baby nangis lepas lahir. KAlau tak nangis tu semua staff mengucap sebab neves T_T tp alhamdulillah setakat aku posting aku tak tengok lagi ibu or baby meninggal.

exam : 1 lc + 1 sc
exam aku : lc - vomiting in pregnancy
sc : normal je tak silap


Image result for obstetrics and gynaecology


4. Community health

okeh ni posting yang berjaya membuatkan aku pasang niat nak sambung public health yayyyyyy!!!!!!

tak tau kenapa. Aku rasa nak tolong educate the public. macam WHO selalu buat, hahaha

Community health tu apa? takpe dik akak paham sebab akak pun tak tau jugak dulu. Secara simplenya, dia adalah apa-apa yg involve public.hahaa. aku pn tak reti explain. Contohnya inspect rumah orang tengok ada tempat pembiakan denggi tak. inspect kedai makan and bagi grade A/B/C. banyak lagi yg best!
doakan plis. sumpah aku suka. (sebenarnya aku tak suka duduk hospital, ward. thats y nak sambung ni hahahaahh)


posting yang menyatukan ummah.
posting yang banyak amek gambo.
posting yang membuatkan kitorang dapat masuk dalam tempat buat makanan untuk flight. haha. 

exam :  lagilah best. theory je weh

ok MINOR POSTING.

posting terbest di alam semesta >>>>>>>>>>


FORENSIC !!!!!!!


best nak meninggal. I swear. aku niat nak sambung forensic. tapi mama tak bagi sebab banyak keluar masuk mahkamah.

kitorang punya lecturer usim Dr Karmila. byk dia cerita. yg paling aku igt yg ada pasangan suami isteri, makcik tu kena lenyek lori, yg husband dia kutip cebisan dia atas jalan T_T Dr cakap sedih sangatttttt sampai dr pn nangis kat situ

Dr Azaini pun ajar kitorang. korang tau tak Dr ni the only ANTHROPOLOGIST masa kes MH17 dulu? yang negara-negara lain bersatu nak siasat cebisan-cebisan, dr ni the only anthropologist yang ada. tulang-tulang semua dia cek. 

best sgt forensic ni. Tapi best pun...jgn excited. patutnya lagi banyak tengok kematian lagi kita takut. bukan lagi kita biasa. ni pesanan lecturers kitorang.

banyak ibrah kot tengok post-mortem. eksiden langgar lembu pun boleh meninggal. Ada yang eksiden lepas gaduh dengan wife. macam-macam. sedihhhh. belum cite yang high profile kes lagi.

posting ni kita belajar jenis-jenis senjata. senapang. peluru. dan banyak lagi. terbayang cerita RAMLEE AWANG MURSHID dengan DETECTIVE CONAN kot.


exam : theory.

jangan lupe ada hafazan.

sekian. amacam? korang rasa best ke amek medik?

posting ni buat kita semangat nak berusaha sampai lulus. supaya merasa semua posting.

semua posting best. Make sure korang tak givap. Lulus setiap tahun untuk merasa semua posting. Boleh? Sila baca dengan nada serius. 

doakan k.

1 comment:

  1. Salam dr..boleh tahu tak..soalan apa yg ditanya semasa temuduga utk kelayakan dr tamhidi perubatan usim ?

    ReplyDelete

nak tiru gak ah. sape first komen dy tak matang :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...